
Bagaimana Internet Berfungsi
Kebanyakan pengguna internet dari rumah menggunakan sambungan dialup melalui modem analog untuk mencapai internet. Proses mencapai internet anda bermula apabila anda mendail ke ISP (Internet Service Provider) seperti TMnet,MaxisNet, Time.net atau JARING.Secara ringkasnya sambungan ke internet bermula dari PC anda apabila menggunakan pelayar web (contohnya) dengan menggunakan protokol TCP/IP berhubung ke internet.Internet menggunakan protokol yang dinamakan TCP/IP (Transmission Control Protocol/ Internet Protocol) yang merupakan bahasa standard untuk internet. Di sini saya akan jelaskan proses yang berlaku di sebalik perlayaran anda ke dunia internet.
Bagi pengguna internet yang menggunakan sistem dialup melalui talian telefon anda mungkin menggunakan servis dari Telekom Malaysia, Maxis atau Time Telekom. Jenis talian yang digunakan mungkin dari jenis analog PSTN (Public Switched Telephone Network juga dpanggil POTS -Plain Old Telephone Service, dengan kelajuan 56kbps), digital-ISDN(Integrated Services Digital Network-sehingga 128kbps) atau -digital ADSL (Asymmetric Digital Subscriber Line) seperti Streamyx. Bagi pengguna talian analog PSTN, modem digunakan dan kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 56kbps. Nama MODEM adalah singkatan dari perkataan MODULATE/ DEMODULATE. Tugasnya ialah untuk menukarkan signal digital dari komputer anda kepada analog untuk melalui rangkaian telefon(modulate). Juga sebaliknya bagi menukarkan signal analog ke digital jika kita membuat sambungan remote access (demodulate).Semasa anda membuat dialup, modem menukarkan data dari PC anda kepada nada ton mewakili data yang anda hantar dari PC tersebut.Jenis modem yang anda gunakan mungkin dari brand Motorola,3Com,Aztech,US Robotics dan Rockwell.
Signal analogue dari modem anda akan "berlayar" melalui wayar copper di tiang2 telefon di kawasan rumah anda ke ibusawat Telekom yang terdekat.Peringkat ini adalah dinamakan "transmission facilities" merupakan media fizikal yang menyambungkan signal dari rangkaian ke rangkaian lain.
**
Switch atau Exchange yang biasanya terletak di pejabat Telekom berdekatan, akan menghalakan talian anda mengikut nombor panggilan yang dibuat. Contohnya jika anda dail kepada no 1511 sambungan akan dihalakan kepada ISP JARING dan jika 1515 akan disambungkan ke TMNET. Switch atau Exchange secara amnya bertugas menyediakan akses tempatan bagi sesebuah kawasan, menghubungkan panggilan dari satu pengguna ke pengguna lain bagi kawasan tersebut. Selain dari itu ia juga menyediakan khidmat lain seperti "call waiting", " call transfer" dan lain-lain.Beberapa peringkat/jenis exchange seperti TANDEM, ACCESS TANDEM dan International Gateway yang berbeza fungsinya dari segi saiz, liputan geografi, untuk menghubungkan switch/exchange berkenaan dan tidak akan dijelaskan disini.Bagi pengguna Telekom ada 5 vendor utama di Malaysia bagi exchange tersebut. Mereka adalah NEC (Jepun), Ericsson (Sweden), Alcatel ( France) , Fujitsu (Jepun) dan Nokia (Finland).
No comments:
Post a Comment